Powered By Blogger

Friday 9 December 2011

_pertemuan vs perpisahan_

Setiap perkenalan sudah pasti ada permulaannya.KPLI..yurp..Inilah yang mempertemukan kami semua. 24 JANUARI 2011, calon yang berjaya melapor diri di IPG. Satu tempat yang agak asing juga. IPG Kampus Raja Melewar, Sikamat, N.9..aku xpernah sampai g tempat ni..Di sinilah tempat untukku memulakan masa depan sebagai seorang pendidik.

Di sinilah bermulanya...
Memang tidak dinafikan pada mulanya agak kurang rapat la ngan housemate. Ya la kan..br nak kenal perangai masing-masing.boleh masuk tak ngan kepala hotak aku nih!!ngam tak..?macam-macam la persoalan timbul..hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan,,semuanya berjalan dengan lancar..tak da masalah yang timbul.cuma dengan mamat sekor tu la..(abaikanlah beruk tu.mmg dia kera sumbang pon)..

Perkenalan ini akhirnya mewujudkan satu persahabatan antara kami..masalah sentiasa diselesaikan bersama-sama..setakat yang termampu la..apa yang paling best, sentiasa bersama..tak kira di mana,,di Yamanie ke, kedai mamak ke, 7E ke, kampus, rumah, dalam kereta, shopping mall,,,mst tak lekang dengan ketawa, usik-mengusik, menyindir (tapi main-main jerr..),,mmg tak pernah putus..pendek kata 98% tak serius. yang 2% tu jer yang cerita pasal perkara yang betul..Masa nak exam,,mula la psiko antara satu sama lain.tapi tetap serius pasal belajar ni..hehe..bile free jer mula la nak lepak p kedai mamak. tak kira jam pukul 2 3 pagi, pegi gak pekena roti canai & teh tarik.

Pejam celik, pejam celik..tak terasa KPLI dh habis. Berat plak rasa hati nak berpisah ngan housemate. ye la.semuanya supporting..best giler la..kalau pada mulanya antara kami hanya kawan, tapi kini kami dh macam adik-beradik la plak..mana tak nya,,hampir setahun bersama..satu per satu pergi meninggalkan rumah sewa yang paling mahal di Sikamat.Sayu rasa hati.Sebak pon ada gak..tapi inilah pertemuan, pasti ada perpisahannya.

KINI, semuanya membawa haluan sendiri.Namun kenangan bersama kalian tetap menjadi ingatan sampai bila-bila.Hanya doa sebagai seorang sahabat mampu mengiringi setiap langkah kalian. Diharap kita akan ditempatkan di sekolah/daerah/bahagian yang sama sewaktu posting kelak. Dan semoga kalian semua sihat dan bahagia di samping keluarga & insan tersayang...tuuuutttt...

No comments:

Post a Comment